Seorang lagi Exco Terengganu dikompaun RM2,000 ziarah Aidilfitri - Utusan Malaysia

Seorang lagi Exco Terengganu dikompaun RM2,000 ziarah Aidilfitri

HANAFIAH Mat menunjukkan surat tawaran kompaun RM2,000 yang dikenakan terhadapnya selepas dipanggil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dikompaun RM2,000 kerana mengunjungi rumah penduduk pada hari pertama Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, Hanafiah dikenakan kompaun berkenaan selepas dipanggil memberikan keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini, pukul 9 malam tadi.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan larangan aktiviti ziarah Aidilfitri.

“Beliau didapati berkunjung ke beberapa rumah penduduk untuk menghantar juadah dan sumbangan duit raya.

“Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP dan tindakan tegas diambil sekiranya ada pelanggaran,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, tular dalam laman sosial Facebook beberapa keping gambar yang dimuat naik Hanafiah di laman Facebooknya mengenai kunjungan ke beberapa buah rumah penduduk untuk menghantar sate dan duit raya.

Bagaimanapun, status yang mengundang rasa tidak puas hati segelintir netizen itu kemudian dipadam Hanafiah selepas disebarkan dalam kumpulan Facebook.

Sementara itu, Hanafiah mengakui kesilapannya melanggar SOP dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin.

Katanya, kejadian itu berlaku bagi menunaikan hasrat seorang ibu tunggal yang menghubunginya kerana teringin menikmati sate pada 1 Syawal.

“Saya ke rumahnya untuk menghantar juadah itu dan dalam masa sama turut pergi ke empat rumah lain bagi menghulurkan sumbangan duit raya,” katanya.

Hanafiah adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri kedua dikenakan kompaun ziarah Aidilfitri selain Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya