Semua stesen pengangkutan awam kekal beroperasi - Utusan Malaysia

Semua stesen pengangkutan awam kekal beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal yang tersenarai di bawah sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) terus beroperasi.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, bagaimanapun, semua premis perniagaan di stesen LRT KLCC , LRT Masjid Jamek dan KL Sentral ditutup tiga hari bermula hari ini.

Katanya, ia berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Sebarang penutupan atau pembukaan premis perniagaan ini adalah tertakluk kepada arahan MKN dari masa ke semasa,” katanya hari ini.

Menurut kementerian berkenaan, perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting bagi negara, terutama bagi barisan hadapan yang bergantung pada operasi berterusan walaupun
semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jelasnya, semua stesen pengangkutan awam perlu sentiasa dibuka bagi tujuan pemindahan atau penghantaran bekalan penting sekiranya berlakunya kecemasan.

“Stesen pengangkutan ini juga dilengkapi dengan alat pengimbas suhu di samping penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ketat.

“Pada masa sama, pengguna pengangkutan awam diingatkan terus mematuhi SOP di semua stesen dan terminal termasuk penggunaan hand sanitiser, memakai pelitup separuh muka dan menjaga jarak fizikal sebaik mungkin serta mengimbas kod QR MySejahtera, ” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan semua premis termasuk bazar Ramadan yang tersenarai dalam HIDE kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes Covid-19 diarahkan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya