Mufti Perak kini di ICU, isteri pulih - Utusan Malaysia

Mufti Perak kini di ICU, isteri pulih

HARUSSANI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keluarga Tan Sri Harussani Zakaria menafikan mesej tular kononnya isteri kepada Mufti Perak itu meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19.

Anak kepada Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi sebaliknya berkata, ibunya itu semakin pulih dan kini sedang berehat di rumah.

“Berita tular itu palsu. Emak semakin pulih dan kini berada di rumah. Hanya ayah yang berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini bagi mendapatkan status terkini kesihatan Mufti Perak dan isteri.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim meminta orang ramai mendoakan kesembuhan Mufti Perak itu.

“Setakat ini, Tan Sri masih dirawat manakala isteri dan anaknya telah keluar (hospital). Kita sama-sama doakan kesembuhan beliau,” katanya.

Terdahulu, tersebar mesej dalam aplikasi Whatsapp isteri Harussani, Puan Seri Ainon Abdul Ghani meninggal dunia yang mendakwa disebabkan wabak Covid-19.

Harussani dan isteri sebelum ini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) setelah disahkan positif Covid-19 dan mereka dikatakan dirawat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum itu, tular satu mesej di WhatsApp menyatakan Mufti Perak itu positif Covid-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, bagaimanapun beliau dilaporkan masih dalam keadaan sedar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya