KP Pendidikan Tinggi didakwa langgar SOP disiasat - Utusan Malaysia

KP Pendidikan Tinggi didakwa langgar SOP disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Husaini Omar melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikatakan merasmikan sebuah program di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan susulan sebuah portal berita yang mengeluarkan artikel berhubung kejadian tersebut, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati program itu turut melibatkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan universiti berkenaan.

“Difahamkan program itu dianjurkan sempena penyampaian sumbangan hari raya kepada mahasiswa selain jamuan hari raya.

“Berdasarkan gambar yang dimuat naik, kelihatan kehadiran tetamu dan mahasiswa ke program berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujarnya, siasatan berhubung kejadian itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Jika disabitkan kesalahan, kompaun sebanyak RM2,000 boleh dikenakan ke atas pengunjung dan RM10,000 terhadap penganjur,” ujar beliau.

Semalam, satu portal berita melaporkan Husaini didakwa melanggar SOP PKP apabila melancarkan program berkenaan Khamis lalu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan SOP bahawa perhimpunan rasmi atau tidak rasmi kerajaan serta swasta tidak dibenarkan sama sekali.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya