Dua lelaki dikompaun minum, sembang di gerai - Utusan Malaysia

Dua lelaki dikompaun minum, sembang di gerai

DUA lelaki yang dikompaun RM2,000 kerana minum di sebuah gerai di Chukai, Kemaman, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kedegilan dua lelaki yang minum di sebuah gerai di Chukai, di sini mengundang padah apabila mereka dikompaun sebanyak RM2,000 seorang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika serbuan dilakukan, kedua-dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu leka minum dan bersembang di gerai yang hanya menyediakan perkhidmatan bungkus.

“Menurut pemilik gerai berkenaan, mereka telah melarang dua pelanggan itu supaya tidak makan di gerai, namun enggan diendahkan.

“Ketika ditanya polis kedua-dua individu itu gagal memberikan sebarang alasan munasabah,” katanya hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang makan atau minum di premis.

“Pemilik kedai juga perlu memastikan pelanggan mereka tidak makan di kedai dan hanya perkhidmatan bungkus atau penghantaran ke rumah yang dibenarkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya