Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, klinik pakar swasta dilibatkan PPV - Utusan Malaysia

Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, klinik pakar swasta dilibatkan PPV

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Jagaan Ambulatori swasta dan klinik pakar swasta akan dilibatkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan(PICK) Fasa 2 dan 3 sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sebelum ini, kementerian bersetuju melibatkan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dan hospital swasta.

Justeru, kata beliau, fasiliti kesihatan swasta itu yang ingin mengambil bahagian boleh berdaftar melalui Protect Health Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di laman web www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

“Dengan inisiatif ini, lebih banyak fasiliti kesihatan swasta terlibat dalam menjayakan PICK Fasa 2 dan 3.

“Penglibatan hospital swasta ini adalah mengambil kira cadangan yang dikemukakan pihak hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi Covid-19 dicapai segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adham, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada hospital swasta bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat.

Katanya, hospital swasta boleh mendapatkan maklumat melalui laman web ProtectHealth berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN