Kes tinggi: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok - Utusan Malaysia

Kes tinggi: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini tiga hari berturut-turut.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan Twitternya berkata, pihaknya akan memanggil Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (Negeri Selangor) pagi esok.

“Mesyuarat akan meneliti semula perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

“Mesyuarat juga akan mengangkat syor syor perlaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara bagi pertimbangan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Hari ini, sebanyak 3,332 kes baharu Covid-19 dilaporkan yang mana Selangor menyumbang kepada kes tertinggi iaitu 1,083 kes.

Selain Selangor, turut mencatatkan kes harian tinggi ialah Sarawak dengan 522 kes diikuti Kelantan 401 kes, Kuala Lumpur 359 kes dan Johor 207 kes.

Bagaimanapun, hari ini Labuan tidak mencatatkan pertambahan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya