Kes positif terus catat lebih 2,000 kes - Utusan Malaysia

Kes positif terus catat lebih 2,000 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 kes iaitu 2,078 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,402 kes.

Sebanyak 14 kluster dan lapan kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 20,522 kes berbanding semalam iaitu 19,854 kes manakala kelmarin pula, sebanyak 19,094 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 228 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak melaporkan kes positif baharu tertinggi iaitu 589 kes diikuti Selangor, 457 kes; Kelantan, 290 kes; Kuala Lumpur, 153 kes; Sabah, 125 kes dan Johor, 115 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 91 kes; Negeri Sembilan, 91 kes; Kedah, 48 kes; Perak, 43 kes; Pahang, 32 kes dan Melaka, 27 kes.

“Selain itu, Terengganu, lapan kes; Labuan, enam kes; Putrajaya, dua dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, lapan kematian melibatkan kesemuanya warga tempatan iaitu tiga kes di Sarawak, masing-masing dua kes di Selangor dan Sabah, serta satu kes di Kuala Lumpur.

“Kes melibatkan empat lelaki dan empat wanita berusia antara 35 hingga 89 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Antara penyakit yang dikesan iaitu parkinson, kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, osteoarthritis, gout dan obesiti,” katanya.

Mengulas mengenai 14 kluster baharu, beliau berkata, ia melibatkan enam kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat kluster komuniti, tiga kluster tempat kerja, dan satu kluster keagamaan.

Enam kluster pendidikan katanya, Kluster Tangok melibatkan Bachok, Kota Bharu, dan Machang, Kelantan,15 kes serta Kluster Pulai Chondong melibatkan Machang, Bachok, dan Pasir Mas, Kelantan, 23 kes dan Kluster Jalan Tagasan di Semporna, Sabah, enam kes.

“Tiga lagi, Kluster Jalan Medan Aliff di Johor Bahru, Johor, sembilan kes serta Kluster Jalan Weng di Baling, Kedah,11 kes dan Kluster Jalan Hospital di Pasir Mas, Kelantan,50 kes.

“Empat kluster komuniti pula, Kluster Sungai Duan di Mukah, Sarawak, 84 kes; Kluster Sungai Passin melibatkan Matu dan Sibu, Sarawak, 49 kes serta Kluster Sungai Selitut melibatkan Bintulu dan Tatau, Sarawak, 18 kes dan Kluster Jalan Bandar Universiti melibatkan Perak Tengah dan Manjung, Perak serta Titiwangsa, Kuala Lumpur, 13 kes,” katanya.

Tambahnya, tiga kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Sulah 16 di Klang, Selangor, 46 kes serta Kluster Jalan Cahaya Baru melibatkan Batu Pahat, Johor dan Kepong, Kuala Lumpur, 20 kes dan Kluster Cyber Park di Kulai, Johor, sembilan kes.

“Kluster terakhir pula melibatkan keagamaan iaitu Kluster Bayan Cenderawasih di Kota Setar, Kedah, 10 kes.

“Bagi kluster yang tamat hari ini iaitu 12 kluster melibatkan Kluster Taman Tunku, Kluster Jalan Helang, Kluster Jalan Delima, Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Kunci Air, Kluster Kampung Nyatoh, Kluster Jalan PKNK 1/6, Kluster Jalan Sikamat Lama, Kluster Batu Empat, Kluster Jalan Tun Razak, Kluster DTI Machap Umboo, dan Kluster Lagenda Suria,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN