1,294 kes sembuh; 1,070 kes positif; 7 kematian; 6 kluster - Utusan Malaysia

1,294 kes sembuh; 1,070 kes positif; 7 kematian; 6 kluster

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,294 kes yang mengatasi kes positif iaitu 1,070 kes.

Sebanyak tujuh kematian dan enam kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 14,278 kes berbanding semalam, sebanyak 14,509 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 180 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 89 kes memerlukan bantuan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi yang merekodkan kes baharu iaitu 327 kes diikuti Sarawak, 225 kes dan Pulau Pinang, 133 kes.

“Kuala Lumpur, 88 kes; Sabah, 65 kes; Johor, 55 kes; Pahang, 37 kes; Kedah, 34 kes; Kelantan, 31 kes; Melaka, 25 kes; Labuan, 17 kes; Negeri Sembilan, 12 kes;

“Hanya tiga negeri dan satu wilayah merekodkan kes satu angka iaitu Perak, lapan kes; Putrajaya, lapan kes; Terengganu, tiga kes dan Perlis, dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya