PPSPM harap rentas negeri dibenarkan - Utusan Malaysia

PPSPM harap rentas negeri dibenarkan

PERKHIDMATAN bot MRC sudah mula beroperasi apabila pelaksanaan PKPB dilaksanakan. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berharap pergerakan rentas daerah dan negeri dibenarkan semula selepas 4 Mac ini bagi merancakkan kembali produk pelancongan, bot Melaka River Cruise (MRC) yang masih suram meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Biarpun sejak MRC dibuka semula minggu lalu, kehadiran pengunjung sangat terhad berikutan orang ramai yang hadir hanya dari sekitar daerah Melaka Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin berkata, biarpun pengunjung menaiki MRC boleh dihitung dengan jari, produk paling menarik perhatian pelancong itu tetap beroperasi seperti biasa.

Katanya, perkhidmatan itu sangat bergantung kepada pelancong dari luar negeri ini yang rata-ratanya teruja menyusuri Sungai Melaka dari Taman Rempah hingga ke Bandar Hilir.

“Sepanjang PKP, bukan sahaja perkhidmatan MRC terkesan teruk, malah beberapa produk pelancongan lain di negeri ini termasuk hotel.

“Jika kerajaan lanjutkan PKPB, harap dapat pertimbangan rentas negeri dan daerah dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Murad, pelbagai usaha dilakukan PPSPM sebagai alternatif menarik orang ramai menaiki MRC dengan memperkenalkan pelbagai program sepanjang tahun ini.

Katanya, bermula bulan ini, pihaknya memperkenalkan perkhidmatan baharu, Pakej Pit Stop iaitu dengan pembelian satu tiket harian, pengunjung boleh turun atau naik perkhidmatan MRC di 14 jeti yang telah ditetapkan.

“Sewajarnya penduduk di negeri ini merebut peluang Pakej Pit Stop kerana mereka boleh turun dan naik di mana-mana sahaja antara 14 jeti di sepanjang laluan MRC,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya