Pantai Batu Feringghi kembali meriah - Utusan Malaysia

Pantai Batu Feringghi kembali meriah

KAWASAN peranginan Batu Feringghi, Pulau Pinang kembali meriah selepas penduduk tempatan mengambil peluang pelaksanaan PKPB untuk bersiar dan berkelah. - MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pantai Batu Feringghi, di sini kembali meriah dengan aktiviti orang ramai yang tidak melepaskan peluang bersiar-siar selepas hampir dua bulan ‘terkurung’ ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kawasan pantai popular seperti Pantai Miami dan kawasan Bayu Senja di Batu Feringghi menjadi pilihan pengunjung berkelah bersama keluarga.

Tinjauan mendapati, rata-rata pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.

Pengunjung juga dilihat berada dalam jarak berjauhan ketika berada di tepi pantai serta mengikut saranan kerajaan dengan melakukan kawalan kendiri ketika berada di tempat awam.

Seorang pengunjung, Mohd Zambri Abdullah, 35, berkata, dia yang tinggal di Kepala Batas, Seberang Perai sudah lama tidak berkunjung ke kawasan pantai bersama ahli keluarganya.

“Ketika PKP, dua anak saya tidak ke mana-mana dan sekolah pun telah dibuka.

“Saya ambil kesempatan membawa keluarga sempena cuti hujung minggu ini untuk berkelah sebentar di pantai,” katanya di sini semalam.

Empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang sebelum ini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ditukar status kepada PKPB bermula kelmarin hingga 18 Mac.

Seorang lagi pengunjung, Anita Rahmat, 25, berkata, dia memilih bercuti dengan menginap di salah sebuah hotel di Batu Ferringghi selepas kebenaran merentas daerah dibenarkan.

“Saya tinggal di kawasan Penaga, Seberang Perai, selepas PKPB dilaksanakan saya terus menempah bilik hotel di kawasan Batu Ferringhi.

“Harga yang ditawarkan oleh pihak hotel amat berpatutan pada masa ini, jadi saya ambil peluang untuk berehat sebenar di hotel pada cuti hujung minggu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya