Mufti Melaka selamat terima vaksin - Utusan Malaysia

Mufti Melaka selamat terima vaksin

ABDUL HALIM Tawil (tengah) menerima Vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil selamat menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilan suntikan vaksin adalah sebahagian usaha dan tawakal untuk memutuskan rantaian pandemik itu.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat negeri ini supaya menyegerakan pendaftaran imunisasi melalui aplikasi MySejahtera dan sabar menanti giliran.

“Alhamdulillah dengan rahmat dan inayah Allah di hari Jumaat, dipanggil untuk mengambil suntikan vaksin Covid 19 di Pusat Kesihatan Ayer Keroh.

“Terima kasih kepada para petugas, jururawat dan doktor yang begitu semangat dan responsif dengan tetamu.

“Segera berdaftar dengan MySejahtera tunggu giliran. Kita boleh memutuskan rantaian virus Covid-19. Kita berusaha, kita berdoa dan kita bertawakal kepada Allah,” katanya.

Selasa lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menjadi individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech di negeri ini.

Beliau menerima suntikan itu bersama-sama wakil petugas barisan hadapan, Aris Sahat yang berkhidmat sebagai Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pada pukul 10.27 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya