MBSP kutip lebih 10,000 pelitup muka sehari - Utusan Malaysia

MBSP kutip lebih 10,000 pelitup muka sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM; Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sesuka hati membuang sampah termasuk pelitup muka terpakai di tempat awam.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pihaknya memandang serius isu itu terutama ketika musim pandemik ketika ini dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19.

Oleh itu, katanya, mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500 bagi kesalahan pertama dan RM1,000 bagi setiap kesalahan yang berikutnya di bawah Seksyen 47 (1) (a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Ketika ini sahaja dianggarkan lebih 10,000 keping pelitup muka terpakai dibuang oleh orang ramai setiap hari hingga menyusahkan kakitangan MBSP atau ‘Wira Oren’ yang terpaksa menggunakan alat penyepit atau sarung tangan untuk mengutip sebelum melupuskannya.

“Penggunaan alatan itu penting bagi memastikan tiada jangkitan terhadap mereka atau orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar Rozali, MBSP terus memantau supaya arahan pelupusan pelitup muka terpakai dibuat secara berhemah serta mengikut kaedah yang betul.

Katanya, orang ramai disaran supaya mengamalkan empat langkah mudah iaitu memutuskan tali pelitup muka, mengikat dan membuang ke dalam tong sampah bertutup sebelum mencuci tangan dengan alat pembasmi kuman atau sanitasi tangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya