Koperasi perlu ubah strategi sedia ada - Utusan Malaysia

Koperasi perlu ubah strategi sedia ada

ABDUL FATTAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua koperasi yang terkesan dengan pandemik Covid-19 perlu mencari inisiatif baharu dan mengubah strategi perniagaan masing-masing mengikut situasi ekonomi negara.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi di bawah naungan Angkasa perlu memikirkan strategi yang sesuai dan berkesan agar dapat menampung kembali kerugian sewaktu mendepani pandemik berkenaan.

Katanya, koperasi-koperasi yang memberi pinjaman mungkin boleh mengehadkan jumlah pinjaman sedia ada dalam membantu meningkatkan kembali operasi mereka.

“Mereka (koperasi) juga boleh memilih industri-industri lain yang tidak terkesan semasa pandemik Covid-19.

“Koperasi yang berada dalam sektor pelancongan mungkin boleh beralih kepada sektor peruncitan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahahaman antara Vetton dan Koperasi Yayasan Guru Malaysia Bhd. (YGMB), di sini hari ini.

Perjanjian berkenaan dirancang dengan pilihan pembayaran ansuran yang lebih lancar dan mudah bagi para ahli untuk membeli secara dalam talian melalui aplikasi Vettons.

Pembayaran dibuat menggunakan pemotongan gaji bulanan dengan menggunakan kaedah “Buy Now, Pay Later”.

Abdul Fattah berkata, berdasarkan keadaan wabak semasa, terdapat beberapa koperasi yang terkesan tetapi ia bergantung kepada entiti perniagaan sesuatu koperasi itu.

“Sekiranya yang terlibat itu berada dalam industri pelancongan dan perhotelan, mereka (koperasi) memang akan terkesan, jika terlibat dalam industri peruncitan, mungkin tidak terkesan sangat.

“Saya berharap merekamengambil langkah strategik dalam menangani perkara ini mengikut situasi semasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya