Kompaun RM10,000 berkuat kuasa hari ini - Utusan Malaysia

Kompaun RM10,000 berkuat kuasa hari ini

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan kompaun sehingga RM10,000 dikenakan kepada mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkuat kuasa hari ini.

Notis itu dikeluarkan membabitkan semua kesalahan yang termaktub di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Ia khususnya membabitkan kesalahan tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal dan rentas negeri tanpa kebenaran bagi kesalahan berulang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pindaan itu diwartakan bermula pukul 12.01 tengah malam tadi dan arahan telah dikeluarkan di semua polis kontinjen.

Kata beliau, mana-mana individu yang menerima notis tersebut diberi masa selama dua minggu untuk mereka selesaikan.

“Jika mereka gagal membayar akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

“Polis hanya mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 namun kadar sebenar kompaun bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD),” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya