Kluster terbaharu di NS babitkan kumpulan berisiko tinggi - Utusan Malaysia

Kluster terbaharu di NS babitkan kumpulan berisiko tinggi

S. VEERAPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kluster Jalan Bukit Blossom dekat sini adalah kluster yang membabitkan golongan berisiko tinggi terdiri daripada penghuni pusat jagaan warga emas di Taman Bukit Blossom.

Mengikut data yang dikongsikan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), kes indeks bagi kluster membabitkan seorang perempuan berusia 77 tahun warganegara Malaysia yang dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari hasil saringan praprosedur.

Sebanyak 40 individu disaring membabitkan kluster terbaharu di Negeri Sembilan itu dengan 18 kes direkodkan dengan catatan kes baharu sebanyak 16 kes.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, tambahan kluster baharu itu menjadikan terdapat 25 kluster yang belum diisytiharkan tamat di negeri ini.

“Selain penambahan kes daripada Kluster Jalan Bukit Blossom, terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada Kluster Industri Sungai Gadut iaitu 56 kes, Kluster Industri TTJ serta kluster Industri Tekstil Nilai, masing-masing tujuh kes. Kluster Persiaran Bunga Tanjung tiga kes baharu dan Kluster Jalan Lima (Selangor) terdapat satu kes baharu direkodkan di Mukim Rasah.

“Secara keseluruhannya, sehingga pukul 12 tengah hari tadi terdapat 115 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke CPRC Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 16,091 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata, daripada jumlah kumulatif tersebut, 14,212 kes telah sembuh dan discaj, 1,849 kes yang masih menerima rawatan di wad dan 30 kes meninggal dunia.

Menurutnya, terdapat 2,737 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

“Mengikut pecahan kes yang direkodkan di daerah, 98 kes baharu di Seremban, Port Dickson (13 kes), Rembau (dua kes) dan Tampin (satu kes). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya