Jemaah Masjid Kariah Paroi Jaya jalani ujian calitan - Utusan Malaysia

Jemaah Masjid Kariah Paroi Jaya jalani ujian calitan

SALAH seorang jemaah Masjid Kariah Paroi Jaya menjalani ujian calitan Covid-19 yang dikendalikan oleh petugas dari PKD Seremban, Negeri Sembilan, di ruang masjid tersebut hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 50 ahli jawatan kuasa dan jemaah Masjid Kariah Paroi Jaya, dekat sini melakukan ujian calitan di masjid tersebut hari ini.

Pengerusi Masjid Kariah Paroi Jaya, Mohamad Fadzilah Zulkafly berkata, langkah supaya kesemua yang terlibat menjalani ujian saringan tersebut diambil selepas terdapat kes positif Covid-19 dilaporkan di kawasan sekitar.

Katanya, ujian saringan tersebut dikendalikan petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban dan dijalankan di ruang masjid berkenaan.

“Seramai 50 jemaah masjid termasuk ahli jawatan kuasa masjid menjalani ujan saringan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

“Kami terpanggil menjalankan ujian saringan ini apabila mengetahui ada kes positif Covid-19 namun tidak mengetahui sama ada ia dalam kalangan jemaah atau orang luar yang datang bersolat di masjid ini. Program saringan percuma ini boleh membantu pihak kesihatan mendapat sampel sekiranya ia datang dari masjid ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di masjid tersebut hari ini.

Sementara itu, Mohamad Fadzilah berkata, masjid tersebut akan menjalankan proses sanitasi pada petang ini dan sehubungan itu dia berharap ahli jemaah tidak panik dengan apa yang berlaku.

“Saya berharap semua ahli jemaah tidak panik dan saringan yang dijalankan ini ada;ah prosedur biasa oleh pihak kesihatan. Keputusan saringan akan diketahui dalam tempoh 24 jam.

“Jemaah jangan panik, apa yang penting sentiasa menjaga SOP ditetapkan ketika berada di masjid ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya