Covid-19: Tiga pejabat di Wisma Darul Iman ditutup seminggu - Utusan Malaysia

Covid-19: Tiga pejabat di Wisma Darul Iman ditutup seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga pejabat di Wisma Darul Iman di sini ditutup hari ini berikutan tiga kes positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan yang berkuatkuasa dalam tempoh tujuh hari hingga Selasa itu bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan.

Katanya, pejabat itu ialah Pejabat Tanah dan Galian di tingkat 11, Pejabat Unit Perancang Ekonomi (tingkat 12) dan Pejabat Bahagian Kerajaan Tempatan (tingkat 13).

“Penutupan itu perlu dilakukan kerana terdapat tiga kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Nor Azimi, siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di tiga pejabat berkenaan.

Katanya, penutupan sementara itu dijalankan mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya