Belum ada dasar swasta beli vaksin sendiri - Utusan Malaysia

Belum ada dasar swasta beli vaksin sendiri

AHMAD Amzad Hashim (kiri) menandatangani plak pelancaran Akademi Robotik TD 1303 x Jazro di TD1303 di Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Malaysia belum mempunyai dasar yang membolehkan mana-mana pihak swasta atau korporat mengendalikan proses vaksinasi Covid-19 sendiri.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, buat masa ini tumpuan kerajaan adalah kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan sebanyak 80 peratus rakyat atau 26.5 juta individu menerima vaksin secara percuma.

Bagaimanapun, katanya, usul agar pihak swasta dibenarkan membeli dan menawarkan suntikan vaksin Covid-19 ada dibincangkan di peringkat kementerian berkenaan, namun sebarang keputusan belum dimuktamadkan.

“Perkara ini dalam radar kita kerana ada pihak atau agensi yang perlu ke luar negara atas pelbagai faktor misalnya perniagaan dan lain-lain tetapi timbul kekangan kerana belum tiba giliran penerimaan suntikan vaksin.

“Kita ada membincangkan mengenainya tetapi belum ada keputusan muktamad lagi kerana kerajaan mahu menumpukan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Robotik TD 1303 x Jazro di TD1303, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya hospital swasta dibenarkan membeli serta menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada mereka yang berkemampuan untuk membayar harga vaksin berkenaan.

Cadangan itu dikatakan mampu menjadi pemangkin ke arah mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya