3 vaksin Covid-19 mendapat kelulusan pendaftaran secara bersyarat - Utusan Malaysia

3 vaksin Covid-19 mendapat kelulusan pendaftaran secara bersyarat

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak tiga vaksin Covid-19 mendapat kelulusan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-354 yang bersidang hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) serta diluluskan PBKD.

“Tiga vaksin itu adalah COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection yang dipegang AstraZeneca Sdn. Bhd dan pengilangnya, Medimmune Pharma B.V. Netherland manakala CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac melibatkan pemegang pendaftaran, Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd dan pengilang, Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China.

“Bagi COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection pula adalah melibatkan permohonan bagi sumber kedua kepada produk COMIRNATY yang diberikan pendaftaran bersyarat dipasarkan Pfizer (M) Sdn. Bhd dengan pengilang bagi sumber pertama (drug product and final release), Pfizer Manufacturing Belgium NV, Puurs, Belgium manakala pengilang bagi sumber kedua (final release), BioNTech Manufacturing GmbH, Mainz, Germany,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, pendaftaran secara bersyarat itu memerlukan syarikat pemegang pendaftaran mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini secara rolling submission untuk dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Katanya, ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemas kini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin itu kekal positif.

“Pada masa ini, NPRA juga masih menilai dua lagi produk vaksin Covid-19 iaitu Gam-COVID-Vac atau Sputnik V (keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia) dan CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac (pengilangan fill and finish oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd).

“Kementerian Kesihatan turut menegaskan kerajaan komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya