PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif melebihi 2,000 kes iaitu 2,154 kes namun kes sembuh terus kekal tinggi iaitu 3,275 kes.
Sebanyak enam kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan 22,034 kes berbanding semalam, 23,161 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 184 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus kekal negeri tertinggi kes positif iaitu 794 kes diikuti Johor, 463 kes; Sarawak, 250 kes; Pulau Pinang, 119 kes; Kuala Lumpur, 108 kes dan Perak, 109 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Kedah, sembilan kes; Putrajaya, empat kes; Labuan, dua kes dan Perlis, satu kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.