19,890 dos vaksin Covid-19 telah diterima di NS - Utusan Malaysia

19,890 dos vaksin Covid-19 telah diterima di NS

AMINUDDIN Harun menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 19,890 bilangan dos vaksin diterima di negeri ini sehingga hari ini yang akan digunakan oleh seramai 9,945 orang petugas barisan hadapan dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bilangan dos vaksin berkenaan adalah dengan anggaran setiap 9,945 petugas barisan hadapan tersebut menerima dua dos suntikan yang dijalankan secara berperingkat bermula semalam.

“Pembekalan vaksin yang mencukupi untuk semua ‘fronliners’ dibuat secara berperingkat. Pemberian vaksin bagi fasa satu dimulakan semalam dan seramai 586 ‘frontliners’ mendapat suntikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemberian suntikan vaksin fasa pertama di Negeri Sembilan melibatkan petugas barisan hadapan dianggarkan seramai 21,000 orang.

Sementara itu, Aminuddin turut menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Hospital Tuanku Ja’afar, dekat yang merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Vaksin Covid-19 di Negeri Sembilan kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Turut menerima suntikan vaksin ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, S. Veerapan dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya