1,555 kes baharu, 2,528 sembuh - Utusan Malaysia

1,555 kes baharu, 2,528 sembuh

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif di bawah 2,000 iaitu 1,555 kes manakala kes sembuh kekal tinggi iaitu 2,528 kes.

Hanya tujuh kluster dan enam kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan 24,563 kes berbanding semalam, sebanyak 25,542 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 204 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor kembali mencatatkan kes tertinggi iaitu 672 kes diikuti diikuti Johor, 163 kes; Sarawak, 159 kes; Kuala Lumpur, 145 kes; Negeri Sembilan, 115 kes; Pulau Pinang, 106 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Perak, 63 kes; Sabah, 53 kes; Kelantan, 46 kes serta Melaka dan Kedah, masing-masing 11 kes manakala Terengganu, tujuh kes; Pahang, tiga kes; Putrajaya, satu kes; Perlis, satu kes dan Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya