Vaksin sampai Perlis petang ini, 8,000 terima suntukan fasa pertama - Utusan Malaysia

Vaksin sampai Perlis petang ini, 8,000 terima suntukan fasa pertama

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kumpulan pertama dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dijangka tiba di negeri ini, petang ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man memberitahu, vaksin tersebut disimpan di tempat penyimpanan selamat di lokasi yang dikenal pasti Jabatan Kesihatan negeri.

Katanya, pemberian vaksin di negeri ini melibatkan tiga fasa iaitu pertama membabitkan kira-kira 8,000 petugas barisan hadapan merangkumi petugas kesihatan, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan guru bermula bulan ini hingga April.

“Fasa kedua yang bermula April hingga Ogos pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas dan mempunyai penyakit kronik iaitu kira-kira 94,000 individu.

“Seterusnya, bagi fasa ketiga pula melibatkan kira-kira 100,000 penduduk di negeri ini yang terdiri daripada golongan dewasa yang berusia 18 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan di negeri ini untuk fasa satu iaitu di Klinik Kesihatan Gail, Klinik Kesihatan Beseri, Klinik Kesihatan Felda Chuping dan Hopital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Beliau berkata, pihaknya mungkin akan menambah beberapa lagi PPV untuk fasa seterusnya supaya proses vaksinasi tersebut dapat dilakukan dengan lebih cepat.

“Buat masa ini, kami sudah mengenal pasti Dewan 2020 dan Dewan Warisan di Kangar serta Dewan Seri Melati di Beseri untuk dijadikan PPV bagi fasa dua.

“Lebih banyak PPV maka lebih cepat proses vaksinasi penduduk bagi memastikan proses berkenaan lebih efektif dalam menangani Covid-19. PPV yang ada pada fasa satu ini, kita mampu beri suntikan keseluruhan tidak sampai 1,000 dos sehari,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya