Surina ketuai 740 polis Perlis terima suntikan vaksin - Utusan Malaysia

Surina ketuai 740 polis Perlis terima suntikan vaksin

SURINA SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 740 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula 1 Mac ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, beliau menerima suntikan tersebut pada Isnin ini bersama ketua-ketua jabatan barisan hadapan di negeri ini.

Katanya, pada peringkat awal, suntikan diberikan kepada petugas yang menjalankan tugas memberi vaksin tersebut iaitu pada esok dan Sabtu.

“Pada Isnin nanti semua ketua jabatan di negeri ini menerima suntikan vaksin. Jadi, bagi pihak PDRM Perlis, saya menjadi individu pertama.

“Selepas itu, untuk fasa pertama ini suntikan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas dengan orang ramai,” katanya di sini hari ini.

Semalam, kumpulan pertama dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di negeri ini sebelum disimpan di tempat selamat yang ditetapkan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, pemberian vaksin di negeri ini melibatkan tiga fasa iaitu pertama membabitkan kira-kira 8,000 petugas barisan hadapan merangkumi petugas kesihatan, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan guru bermula bulan ini hingga April.

Fasa kedua yang bermula April hingga Ogos pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas dan mempunyai penyakit kronik iaitu kira-kira 94,000 individu, manakala fasa ketiga melibatkan kira-kira 100,000 penduduk di negeri ini yang terdiri daripada golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas

Sementara itu, Surina menasihatkan agar orang ramai mendapatkan maklumat yang betul berkaitan vaksin dan memahami kebaikan untuk mengambilnya.

“Vaksin ini tidak ada paksaan kepada orang ramai untuk mengambilnya. Namun pada saya adalah lebih baik untuk mengambil vaksin supaya dapat menjaga keselamatan kita dan juga orang lain,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya