Sejauh mana vaksin ‘kebal’ lawan Covid-19? - Utusan Malaysia

Sejauh mana vaksin ‘kebal’ lawan Covid-19?

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tahap ‘kekebalan’ badan melawan jangkitan Covid-19 hanya boleh berkesan melalui dua strategi perlindungan luaran dan dalaman.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua strategi itu adalah mematuhi semua langkah pencegahan kesihatan awam (perlindungan luaran) dan suntikan vaksinasi sebagai perlindungan dalaman bagi menghalang diri daripada jatuh sakit.

Menurut beliau, semua langkah pencegahan kesihatan awam harus diteruskan iaitu mematuhi 3W dan mengelakkan 3C, memakai topeng, jarak fizikal dan mencuci tangan bagi mengurangkan penularan virus sebagai perlindungan luaran.

“Vaksinasi pula menghalang anda menjadi sakit kerana peningakatan imuniti tubuh sebagai perlindungan dalaman,” katanya dalam Facebook beliau, semalam.

Noor Hisham berkata, pada masa ini, masih ada kekurangan data apakah vaksinasi boleh mengurangi penularan jangkitan.

Oleh itu, kata beliau, setiap orang masih perlu mematuhi langkah pencegahan semasa sehingga perkara itu disahkan melalui pembuktian data yang cukup.

Konsep 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

3C pula merujuk kepada peringatan menjauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya