Lebih 16,000 dos vaksin tiba di Terengganu - Utusan Malaysia

Lebih 16,000 dos vaksin tiba di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih 16,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech untuk penghantaran fasa pertama di negeri ini tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Selain di HSNZ, sebahagian dos vaksin berkenaan turut ditempatkan di dua lagi pusat penyimpanan di Kemaman dan Setiu.

Kesemua dos vaksin Covid-19 itu dibawa dari Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di Subang Jaya, Selangor oleh van logistik DHL kira-kira pukul 6 pagi dengan diiringi tiga kenderaan polis.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pemberian vaksin kepada barisan hadapan membabitkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan KKM bermula pada 2 Mac ini.

Katanya, proses itu dibuat secara berperingkat sehingga selesai senarai petugas yang terlibat.

“Hari ini kita menerima sebahagian daripada vaksin yang diberikan kepada Terengganu untuk ketiga-tiga PSV,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Sementara itu, menurut Nor Azimi, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan peringkat Terengganu bermula esok dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi individu pertama di negeri ini yang menerima suntikan vaksin tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya