Jumlah pekerja asing disahkan positif Covid-19 semalam meningkat

Jumlah pekerja asing disahkan positif Covid-19 semalam meningkat

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 85 orang pekerja warga asing disahkan sebagai positif Covid-19 ketika mereka menjalani ujian saringan di empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melonjak berbanding seramai 47 individu direkodkan oleh Kementerian Sumber Manusia kelmarin.  

“Pihak kementerian itu memaklumkan sejumlah 6.641 pekerja warga asing sudah menjalani saringan wajib itu di beberapa negeri terlibat semalam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Secara kumulatif ujar beliau lagi, sejak 1 Disember tahun lalu, seramai 265,770 individu telah pun selesai melakukan ujian saringan Covid-19 yang melibatkan sebanyak 10,973 majikan.

Daripada jumlah berkenaan ujarnya, hanya 4,867 pekerja warga asing yang disahkan positif wabak maut tersebut, manakala selebihnya iaitu seramai 260,903 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 890 klinik terlibat dalam program mandatori itu selari arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.

Buat permulaan, arahan itu diwajibkan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sebelum diperluaskan ke negeri lain.

Mulai hari ini, ujian tersebut yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu diperluaskan kepada sembilan buah negeri lain dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Keperluan saringan ini diwajibkan oleh kerajaan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan pematuhan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia.

Proses saringan tersebut, hanya menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dengan kos kit ujian tersebut dibiayai sepenuhnya pihak Perkeso. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN