JBPM Putrajaya sanitasi dan disinfeksi pusat peperiksaan SPM di 11 buah sekolah - Utusan Malaysia

JBPM Putrajaya sanitasi dan disinfeksi pusat peperiksaan SPM di 11 buah sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya melaksanakan sanitasi dan disinfeksi di 11 buah sekolah di sini khususnya yang akan digunakan sebagai pusat peperiksaan.

Pengarah JBPM Putrajaya, Penguasa Kanan Bomba I Hafizal Mohd Razal berkata, pihaknya dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sanitasi dan disinfeksi itu sebagai persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Isnin ini.

Beliau berkata, proses itu penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar yang akan menduduki peperiksaan 22 Februari hingga 25 Mac ini.

“JBPM Putrajaya sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat bagi membendung penularan Covid-19 terutama kepada pelajar dan petugas SPM 2020 tahun ini.

“Justeru, dengan pelaksanaan sanitasi dan disinfeksi pada 18 dan 19 Februari di 11 sekolah sekitar Putrajaya ini diharap dapat meredakan kebimbangan pelajar, petugas serta ibu bapa,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pelaksanaan kerja-kerja sanitasi awam ini akan diteruskan secara berkala dengan memberikan fokus kepada sekolah-sekolah yang terbabit sehingga selesai SPM 2020 yang dijangka berakhir pada penghujung Mac 2021.

Hafizal berkata, JBPM Putrajaya tidak terkecuali dalam melaksanakan amanah ini bagi membendung pandemik tersebut.

Menurutnya, sehingga hari ini, JBPM Putrajaya telah melaksanakan 176 operasi sanitasi dan disinfeksi di 199 premis di sini.

“Ia termasuk pejabat-pejabat kerajaan, premis-premis swasta, kawasan perniagaan, sekolah, kuarters perumahan kerajaan dan perumahan-perumahan di sekitar Putrajaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya