Covid-19: 4,889 kes sembuh, 2,936 kes positif, 13 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: 4,889 kes sembuh, 2,936 kes positif, 13 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes sembuh yang tinggi melangkaui kes positif iaitu 4,889 kes dengan 13 kematian.

Bagi kes positif pula, sejak beberapa hari lalu merekodkan kes di bawah 3,000 kes iaitu 2,936 kes begitu juga dengan kes aktif, apabila turut mengalami penurunan kes kepada 36,797 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 220 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 104 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Bagi kes positif, semua negeri merekodkan kes rendah yang mana Selangor merekodkan 978 kes berbanding sebelum ini, yang setiap hari mencatatkan lebih 1,000 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya