PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes positif baharu Covid-19 melebihi 3,000 iaitu 3,100 kes dengan 24 kematian tertinggi manakala Selangor menjadi penyumbang terbesar kes hari ini, iaitu 1,196 kes.
Jumlah keseluruhan kes positif negara sebanyak 238,721 kes manakala jumlah kes aktif pula melebihi 50,000 kes iaitu 51,977 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 282 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 134 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Kes sembuh pula, direkodkan sebanyak 2,340 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 192,679 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE