Yadim lebarkan bantuan ke pusat kuarantin Covid-19 

Yadim lebarkan bantuan ke pusat kuarantin Covid-19 

AB. Pattah Hasbullah (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kewangan disaksikan Mahadi Awang (belakang) kepada Zulkifli di Kampung Merkang, Pasir Puteh, hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan memperuntukkan RM200,000 bagi menjayakan Program Musa’adah Covid-19 fasa kedua untuk menyantuni pesakit Covid-19 dan asnaf yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan memperuntukkan RM200,000 bagi menjayakan Program Musa’adah Covid-19 fasa kedua untuk menyantuni pesakit Covid-19 dan asnaf yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang berkata, lebih 3,000 asnaf termasuk keluarga daif, ibu tunggal dan anak yatim sedang dikenal pasti untuk disalurkan sumbangan bungkusan makanan bagi meringankan bebanan mereka. 

Menurutnya, sukarelawan Yadim akan bergerak ke seluruh negeri bagi menjejaki asnaf dengan kerjasama pemimpin setempat. 

“Bantuan kepada pesakit Covid-19 juga akan diberi fokus utama dengan membekalkan sumbangan makanan menerusi petugas barisan hadapan di pusat-pusat kuarantin di negeri ini. 

“Bagi kanak-kanak dan remaja yang dikuarantin, Yadim bekalkan barang permainan, peralatan melukis dan mewarna serta bahan bacaan bagi membantu menghilangkan kebosanan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik, Zulkifli Hussin, 63, di Kampung Merkang, di sini hari ini. 

Asnaf terbabit merupakan pesakit Anxiety Disorder (Kebimbingan Melampau) selain menghidap sakit bjantung, diabetes dan tekanan darah tinggi sehingga tidak berupaya untuk bekerja berat. 

Turut sama dalam rombongan itu ialah Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ab. Pattah Hasbullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah. 

Mahadi berkata, program  Musa’adah fasa pertama tahun lalu berjaya melaksanakan  gotong-royong pasca banjir dengan membersihkan 20 buah masjid dan surau di kawasan banjir melibatkan  370 sukarelawan. 

Katanya, kepada asnaf di  Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat Yadim telah menyalurkan makanan asas seperti  beras, gula, serbuk minuman, sardin dan tepung gandum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya