UiTM beri pengecualian sewaan kepada 718 penyewa - Utusan Malaysia

UiTM beri pengecualian sewaan kepada 718 penyewa

MPP UiTM proaktif memastikan pengundi muda di universiti itu balik mengundi 19 November ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi lanjutan pengecualian sewaan ruang niaga berjumlah RM2.7 juta di semua premis universiti itu di seluruh negara.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, seramai 718 penyewa dikecualikan membayar sewaan bermula 1 Oktober tahun lalu sehingga 30 Mac ini.

Beliau berkata, pengecualian selama enam bulan itu antara inisiatif UiTM Prihatin bagi meringankan beban peniaga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Inisiatif khas ini diberikan secara automatik kepada peniaga yang menyewa di semua premis termasuk cawangan kampus mengikut syarat ditetapkan universiti.

“Selain itu, ia selaras saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi golongan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azraai, walaupun memberi kesan kepada pendapatan UiTM, langkah itu adalah insentif tambahan dan kali kedua dilaksanakan universiti berkenaan.

“Pengecualian pertama turut diberikan selama enam bulan sebelum ini bermula April hingga September tahun lalu.

“Pengurusan tertinggi universiti memahami ramai peniaga terjejas kerana majoriti penuntut tidak berada di kampus dan belajar secara dalam talian di rumah. UiTM berharap pengecualian tambahan ini memberi kelegaan kepada penyewa premis dan membantu dalam membuat perancangan semula perniagaan kelak,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN