Pegawai, anggota bomba terjejas banjir akan dibantu

Pegawai, anggota bomba terjejas banjir akan dibantu

MOHAMMAD HAMDAN WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyalurkan bantuan kepada mana-mana pegawai dan anggotanya yang ditimpa musibah banjir. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, buat masa ini pihaknya masih mengumpul maklumat bilangan kakitangan yang terjejas akibat banjir di samping kerugian yang dialami. 

“Sehingga kini, sebanyak lima negeri yang telah dan sedang dikumpul maklumat dan kita juga mengambil kira peralatan dan kerosakan sebelum menyalurkan bantuan mengikut keupayaan jabatan.

“JBPM mempunyai unit kebajikan di samping Tabung Wira Merah bagi membantu meringankan beban anggota yang berdepan musibah atau bencana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan banjir di daerah ini hari ini. 

Mohammad Hamdan berkata, walaupun bantuan yang bakal diberikan tidak setanding dengan nilai kerugian ditanggung warga JBPM namun, sekurang-kurangnya dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas banjir.

Katanya, JBPM mengalu-alukan sumbangan mana-mana pihak untuk membantu warga JBPM menerusi unit kebajikan di ibu pejabat.

Dalam pada itu, katanya, dua balai bomba turut dinaiki air banjir kali ini ialah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai di sini dan BBP Kuala Lipis di Pahang.

“Kita akan melihat kerosakan yang terlibat dan kerja-kerja penyelenggaraan bakal dilaksanakan mengikut kemampuan jabatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya