Murid Orang Asli rindu ke sekolah - Utusan Malaysia

Murid Orang Asli rindu ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Keterujaan seorang murid Orang Asli suku Semaq Beri di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pergam, di sini kembali ke sekolah mendorongnya membuat persiapan awal termasuk membeli pakaian baharu.

Bagaimanapun hasrat Siti Raudah Mohd. Hairi, 11, terbantut apabila Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan dijalankan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Ibunya, Suji Yap, 43, berkata, hampir RM300 diperuntukkan bagi membeli kelengkapan persekolahan baharu anak tunggalnya termasuk dua pasang baju, kasut dan tudung di samping pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

“Siti Raudah mengadu rindu ke sekolah dan hendak belajar bersama rakan-rakan, apabila tahu sekolah bakal bermula dia selalu bangun awal pagi.

“Dia memang minat belajar malah sentiasa bertanya kalau cikgu ada memberi latihan secara dalam talian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Suji bimbang PdPR anaknya mengalami beberapa kekangan berikutan dia tidak mampu menyediakan telefon bimbit khas untuk Siti Raudah.

Katanya, kaedah pembelajaran secara dalam talian agak mencabar buat komuniti Orang Asli di kampungnya kerana rata-rata murid bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar ibu bapa.

“Biasanya dia menggunakan telefon pintar saya dan kalau saya bekerja dia terpaksa ke rumah sepupunya yang berdekatan untuk meminjam gajet,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya