Masih sesak, laluan di Pasar Awam Ayer Itam ditutup mulai esok - Utusan Malaysia

Masih sesak, laluan di Pasar Awam Ayer Itam ditutup mulai esok

KEADAAN di sekitar Pasar Awam Ayer Itam, Pulau Pinang yang masih sesak meskipun ketika PKP memaksa polis menutup laluan itu bermula esok. - UTUSAN/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jalan Paya Terubong berdekatan Pasar Awam Ayer Itam di sini ditutup mulai esok bagi mengurangkan pergerakan orang awam dan memastikan penjarakan fizikal ketika membeli-belah sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penutupan jalan itu melibatkan laluan utama dari Kampung Pisang ke kawasan Ayer Itam dan Laluan di Paya Terubong ke Ayer Itam bermula pukul 6 pagi sehingga 2 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah mengawal kepadatan pengunjung di pasar berkenaan selain mengurangkan kesesakan di kawasan Ayer Itam.

Katanya, kenderaan seperti motosikal, kereta dan bas tidak dibenarkan melalui jalan berkenaan sepanjang tempoh tersebut kecuali pejalan kaki.

“Hasil tinjauan setakat pukul 8.30 pagi tadi mendapati ramai orang masih berpusu-pusu mendapatkan barangan keperluan harian serta terdapat sedikit kesesakan keluar dan masuk kenderaan.

“Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga akan mengurangkan gerai jualan pakaian di tepi jalan termasuk membuka hanya satu laluan keluar dan masuk ke pasar berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Setakat semalam, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 105 kes baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes positif adalah 5, 479. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya