Lagi 590 ditahan ingkar SOP, 188 tidak memakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Lagi 590 ditahan ingkar SOP, 188 tidak memakai pelitup muka

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 590 individu lagi ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 51,939 pemeriksaan dengan meliputi pelbagai premis terdapat seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 553 dikompaun, 35 direman dan dua dijamin dengan kes tertinggi tidak memakai pelitup muka iaitu 188.

“Ini diikuti gagal sedia alat rekod butiran (75), tiada jarak fizikal (74), premis dibuka lebih masa (65), rentas kawasan tanpa izin (66) dan lain-lain (122),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sejumlah 2,767 pasukan yang meliputi 11,772 anggota telah memantau sebanyak 3,491 pasar raya, 4,845 restoran, 1,924 pasar awam dan tani, 1,482 kilang serta 3,142 bank.

Kata beliau, turut dipantau oleh kumpulan tersebut semalam adalah sejumlah 559 pejabat kerajaan, 2,980 rumah ibadah pelbagai agama serta 1,635 tempat riadah di seluruh negara.

Seramai lapan pendatang asing tanpa izin ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak 12 kenderaan darat juga dirampas manakala 445 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dapat dikawal ketat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, sejumlah 48 operasi sanitasi awam juga dijalankan semalam membabitkan 491 anggota bomba dan 204 anggota pihak berkuasa tempatan.

Menyentuh kuarantin wajib, ujarnya, sehingga kini seramai 8,330 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Sejumlah 98,334 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 80 buah hotel serta 15 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) semalam memeriksa 44 tapak binaan dengan hanya lima daripadanya didapati tidak mematuhi SOP.

Ismail Sabri menambah, cuma satu tapak pembinaan diarahkan ditutup untuk dan lima tapak lagi tidak beroperasi manakala baki 33 tapak didapati mengikut peraturan ditetapkan.

Dalam pada itu setakat 12 tengah hari ini, Kementerian Sumber Manusia mengesahkan 172,248 pekerja warga asing sudah menjalani saringan wajib Covid-19 sejak 1 Disember lalu.

Proses itu melibatkan sejumlah 6,448 majikan dengan pembabitan 828 buah klinik mengikut program berkenaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 633 peruncit, 168 pemborong dan 29 pengilang.

Pegawai penguat kuasa kementerian itu juga melakukan sejumlah 1,561 pemeriksaan khas pematuhan di seluruh negara dengan dengan kesemua premis tersebut patuh peraturan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya