Kawat besi kawal individu kuarantin, bukan PKPD - Utusan Malaysia

Kawat besi kawal individu kuarantin, bukan PKPD

ANGGOTA tentera memasang kawat besi di beberapa lorong jalan di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Pemasangan kawat besi di beberapa lorong jalan di Taman Temerloh Jaya, di sini sebagai kaedah kawalan biasa bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria berkata, ia dilakukan dalam tempoh kuarantin individu yang mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 di situ.

“Langkah ini bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana kalau perinta ini dilaksanakan, ia akan diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu kawalan biasa sahaja, kita bimbang individu di lorong itu keluar ke bandar sebab di dalam itu ada beberapa rumah dikuarantin,” katanya di sini hari ini.

Pemasangan kawat besi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam di beberapa lorong Taman Temerloh Jaya, mengejutkan penduduk.

Sehingga semalam, daerah ini yang berada dalam zon merah merekodkan 88 kes aktif Covid-19.

Menurut Mohd. Zairasyahli, pada masa ini terdapat individu yang dikuarantin di kawasan itu kerana mempunyai kontak kepada pesakit Covid -19.

Katanya, pemasangan kawat besi dilakukan dalam tempoh kuarantin kira-kira 10 hari yang memudahkan kawalan lebih berkesan.

“Ia memudahkan pihak berkuasa, jadi tidak perlulah letak anggota sepanjang lorong itu atau lorong belakang. Bila ada kawat besi cuma ada satu hala laluan untuk keluar masuk yang dikawal di situ sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya