Graduan kejuruteraan mekanikal kini usahawan susu - Utusan Malaysia

Graduan kejuruteraan mekanikal kini usahawan susu

MUHAMAD Nur Faiz Mohammad bersama susu yang dijualnya di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. - MINGGUAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kemahiran Mara Pasir Mas enggan berpeluk tubuh menunggu peluang pekerjaan, sebaliknya mencipta kerjaya sendiri dengan menjual dan membekalkan produk tenusu,

Muhamad Nur Faiz Mohammad Nazri, 22, memilih tepi Jalan Tok Bali-Melawi, di sini untuk membuka gerai jualan diberi nama Susu Legend Viral dengan bermodalkan RM100 sejak lebih sebulan lalu.

Mengakui bidang diceburi berbeza dengan kemahiran dalam sijil pengajiannya, dia bertekad mahu berniaga selepas diberhentikan kerja di sebuah syarikat projek pembinaan, hujung tahun lalu akibat penularan Covid-19.

Katanya, dia membeli stok susu segar yang dihasilkan oleh sebuah kilang milik bumiputera dari Ketereh, dekat sini untuk dijual di gerainya.

“Meskipun baru berniaga, saya sudah memperoleh sedikit keuntungan. Daripada untung itu, saya menambah stok jualan produk tenusu lain seperti dadih dan minuman yogurt.

“Semua produk tenusu dijual pada harga antara RM1.50 hingga RM2 sebotol. Setakat ini, saya mampu menjual sebanyak 2,000 botol dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Muhamad Nur Faiz, selain menjual susu, dia kini melebarkan sayap perniagaan dengan mengurus bekalan susu, dadih dan yogurt kepada penjual di seluruh Kelantan dan Jengka, Pahang.

Nama Peniaga: Muhamad Nur Faiz Mohammad Nadzri

Jenis Produk: Susu segar, dadih – Susu Legend Viral

Lokasi: Hadapan Masjid Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

Nombor untuk tempahan: 01111552886/0182019753

Instagram: @faezell

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya