Empat wakil rakyat Perlis jalani kuarantin - Utusan Malaysia

Empat wakil rakyat Perlis jalani kuarantin

AZLAN Man (tengah) pada majlis pelepasan sumbangan kerajaan negeri-bantuan bencana Pahang di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Empat wakil rakyat yang menghadiri atau kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian tersebut pada 3 Januari lalu, diminta menjalani kuarantin selepas selesai melakukan ujian saringan Covid-19.

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut ialah Azizan Sulaiman (Santan); Ruzaini Rais (Beseri); Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer) serta Asmaiza Ahmad (Chuping) dan kesemua mereka menjalani pengasingan diri sehingga keputusan ujian saringan keluar dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, selain wakil rakyat tersebut, orang ramai atau mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Zahidi semasa mesyuarat berkenaan serta majlis-majlis lain di negeri ini dinasihatkan berhubung dengan pihak kesihatan untuk proses saringan.

Katanya, langkah tersebut penting bagi mengelak risiko kepada masyarakat lain sekiranya ada dalam kalangan mereka mengalami gejala pandemik berkenaan.

“Saya belum dapat pastikan berapa jumlah sebenar tetapi dimaklumkan empat wakil rakyat kita yang menghadiri mesyuarat sama yang dihadiri Zahidi menjalani ujian saringan secara sukarela.

“Mereka turut dinasihatkan mengasingkan diri dan dikuarantin mulai semalam sehingga keputusan ujian diperoleh,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelepasan sumbangan kerajaan negeri-bantuan bencana Pahang di Kompleks DUN, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melepaskan konvoi bantuan tersebut dengan kerajaan negeri menyumbang tiga lori memuatkan bahan makanan ke Temerloh, Pahang untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Rabu lalu, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan awal ujian saringan tersebut.

Zahidi menjalani ujian saringan tersebut sejurus selepas tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang Isnin lalu dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Menurut Azlan, keputusan saringan wakil rakyat tersebut diketahui dalam tempoh terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya