PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi merekodkan kes sembuh sepenuhnya Covid-19 tertinggi iaitu 4,427 kes hari ini, berbanding semalam iaitu 4,313 kes.
Bagaimanapun, bagi kes positif pula, Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,346 kes dengan jumlah keseluruhan kes 183,801 kes.
Turut direkodkan ialah 11 kematian manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 41,677 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 265 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 950 kes diikuti Sabah (431 kes), Kuala Lumpur (390 kes) Johor (378 kes), Sarawak (255 kes) Terengganu (179 kes) Negeri Sembilan (160 kes) dan Melaka, 152 kes.
“Manakala, baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 90 kes; Kedah, 85 kes; Kelantan, 77 kes; Pahang, 63 kes; Labuan, 49 kes; Perak, 46 kes; Putrajaya, 38 kes manakala hanya Perlis merekodkan tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE