79 negara buat pengisytiharan darurat - Utusan Malaysia

79 negara buat pengisytiharan darurat

KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Langkah kerajaan membuat pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19 bukanlah satu tindakan ‘diktator’ negara semata-mata mahu menyusahkan rakyat.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, sebaliknya terdapat 79 negara lain berbuat demikian setakat April tahun lalu bagi menangani krisis kesihatan terburuk di seluruh dunia itu.

Katanya, sebuah badan hak asasi manusia berpusat di Geneva, Switzerland, iaitu Centre for Civil and Political Rights (CCPR Centre) membuat satu tracking tool bagi mengesan negara-negara yang membuat pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik Covid-19.

“Data yang mereka kumpulkan pada waktu itu menunjukkan bahawa 79 negara pernah membuat pengisytiharan darurat bagi tujuan berkenaan.

“Bilangan 79 negara yang membuat pengisytiharan darurat ini seharusnya meningkat jauh lebih tinggi ekoran sela masa agak jauh antara tarikh yang dikumpulkan sehingga sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, adalah amat malang apabila seorang ahli Parlimen DAP yang berkelulusan undang-undang mendakwa negara lain tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan Covid-19.

Katanya, perkara itu disebut Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dalam satu wawancara media bertajuk ‘Batal Darurat Ok Atau Tak?’ semalam, apabila beliau dengan yakinnya menyebut “Covid-19 ini bukan sahaja satu masalah yang unik untuk rakyat Malaysia, Covid-19 ini berlaku di banyak negara yang lain dan kita lihat juga di negara lain mereka tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan Covid”.

“Ahli Parlimen Segambut, yang berkelulusan undang-undang, ini ada baca atau tidak? Kalau mahu kelirukan rakyat Malaysia sekalipun, berpada-padalah wahai Yang Berhormat,” katanya.

Berikut senarai 79 negara yang telah membuat pengisytiharan darurat:

1. Albania
2. Argentina
3. Armenia
4. Australia
5. Bahamas, The
6. Belgium
7. Belize
8. Bolivia
9. Bosnia and Herzegovina
10. Botswana
11. Brazil
12. Bulgaria
13. Burkina Faso
14. Cape Verde
15. Chile
16. Colombia
17. Congo, Democratic Republic
18. Costa Rica
19. Côte d’Ivoire
20. Dominica
21. East Timor
22. Ecuador
23. Egypt
24. El Salvador
25. Equatorial Guinea
26. Ethiopia
27. Finland
28. France
29. Gabon
30. Guatemala
31. Haiti
32. Honduras
33. Hungary
34. Iceland
35. Indonesia
36. Iraq
37. Israel
38. Italy
39. Jordan
40. Kazakhstan
41. Kyrgyzstan
42. Lebanon
43. Lesotho
44. Liberia
45. Libya
46. Lithuania
47. Luxembourg
48. Malawi
49. Mali
50. Mauritius
51. Mexico
52. Moldova
53. Montenegro
54. Morocco
55. Mozambique
56. Namibia
57. New Zealand
58. Niger
59. Palestine
60. Panama
61. Paraguay
62. Peru
63. Philippines
64. San Marino
65. Senegal
66. Sierra Leone
67. Slovakia
68. South Africa
69. Spain
70. Sudan
71. Switzerland
72. Thailand
73. Togo
74. Tunisia
75. United States
76. Uruguay
77. Vanuatu
78. Venezuela
79. Zimbabwe

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN