78 pelatih Pulapol KL positif Covid-19 - Utusan Malaysia

78 pelatih Pulapol KL positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 78 pelatih kadet inspektor di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, dekat sini disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, jumlah itu adalah selepas ujian calitan dilakukan terhadap keseluruhan 525 pelatih kadet inspektor di pusat latihan berkenaan.

“Pelatih yang positif dikuarantin di asrama berasingan dan proses nyah kuman dilakukan di semua asrama.

“Buat masa ini, tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan bagi mengawal penularan pandemik. Kita hanya benarkan pergerakan untuk barang keperluan sahaja,” katanya hari ini.

Menurut Ramli, Kementerian Kesihatan kini berada di Pulapol Kuala Lumpur untuk memantau keadaan dan membuat penilaian risiko.

Semalam, negara mencatatkan kes harian tertinggi apabila 5,725 kes baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 203,933 kes.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, peningkatan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan pandemik terbabit dalam negara bertambah kepada 203,933 kes dengan kebolehjangkitan 45,478 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 5,718 kes penularan tempatan, manakala tujuh lagi kes import. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya