550 ditahan ingkar SOP dengan 499 daripadanya dikompaun - Utusan Malaysia

550 ditahan ingkar SOP dengan 499 daripadanya dikompaun

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah ditahan semalam naik sedikit berbanding kelmarin iaitu 550 orang berbanding 504 individu atas pelbagai kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 57,350 pemeriksaan meliputi pelbagai premis di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 499 dikompaun, 42 direman dan sembilan dijamin dengan kes tertinggi kekal iaitu tidak memakai pelitup muka sebanyak 130.

“Ini diikuti gagal sedia alat rekod butiran (112), tiada jarak fizikal (68), rentas kawasan tanpa izin (54), premis dibuka lebih masa (44) dan lain-lain (142),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejumlah 2,569 pasukan yang meliputi 11,657 anggota memantau sebanyak 5,432 restoran, 3,731 pasar raya, 3,226 bank, 2,135 penjaja, 1,347 kilang dan 552 pejabat kerajaan.

Beliau berkata, turut dipantau di seluruh negara semalam adalah sebanyak 970 terminal pengangkutan darat, 219 terminal pengangkutan air dan 75 terminal pengangkutan udara.

Seramai 54 pendatang asing tanpa izin juga ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak lima kenderaan darat dan dua bot dirampas, manakala 445 sekatan jalan raya dibuat selain operasi itu mengesan 142 bot atau kapal berdekatan perairan negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, sejumlah 80 operasi sanitasi awam meliputi 35 zon merah, dua zon jingga, enam zon kuning dan dua zon hijau turut dilakukan semalam.

Menyentuh kuarantin wajib, beliau berkata, seramai 704 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya diarahkan untuk menjalani proses itu di sejumlah 28 stesen kuarantin.

“Sejumlah 109,743 individu pulang ke negara ini sejak 24 April lalu dengan kuarantin wajib di 76 buah hotel serta 15 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut memeriksa lapan tapak binaan di seluruh negara dengan tujuh mematuhi SOP manakala satu lagi tidak beroperasi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 518 peruncit, 155 pemborong dan 29 pengilang.

Pegawai penguat kuasa kementerian itu juga melakukan sejumlah 1,340 pemeriksaan khas pematuhan di seluruh negara dengan 34 premis yang tidak mematuhi SOP diberikan nasihat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya