PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 3,000 kes iaitu 3,631 kes sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 165,371 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 39,464 kes.
Terdapat 238 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 14 kematian serta sembilan kluster baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,199 kes diikuti Sabah, 526 kes; Kuala Lumpur, 521 kes; Johor, 368 kes; Sarawak, 156 kes; Negeri Sembilan, 139 kes; Perak, 135 kes; Kelantan, 133 kes; Pulau Pinang, 124 kes; Melaka, 122 kes; Kedah, 114 kes.
Katanya, baki negeri pula mencatatkan dua angka iaitu Terengganu, 33 kes; Pahang, 31 kes; Putrajaya, 26 kes; Perlis, tiga kes dan Labuan, satu kes.
“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,944 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 125,288 kes.
“Sebanyak 310 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (217 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (47 kes), Kluster Tembok Nanas (22 kes), Kluster Damai Pelangi (19 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), Kluster Matambai (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE