Selangor tertinggi susulan kluster berkaitan pekerja - Utusan Malaysia

Selangor tertinggi susulan kluster berkaitan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor masih mencatat kes tertinggi positif Covid-19 hari ini iaitu 891 kes diikuti Sabah 267 kes dan Negeri Sembilan sejumlah 146 kes.

Kes tertinggi membabitkan Selangor adalah berkaitan dengan Kluster Teratai yang mana kluster itu sahaja merekodkan sebanyak 778 kes daripada keseluruhan jumlah kes harian negara.

Ia sekali gus menyumbang kepada 87.3 peratus daripada kes harian yang dilaporkan di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes positif baharu pula, sebanyak 1,472 kes dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 67,169 kes serta kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,495 kes.

“Sebanyak 120 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan dan tiga kes kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN