Sanitasi awam di Kampung Dalam Huma - Utusan Malaysia

Sanitasi awam di Kampung Dalam Huma

MD. Salleh Sarbini (kanan) menerangkan keadaan cuaca kepada Ahmad Fathan Mahmood (dua kiri) dalam Majlis Yadim Peduli Menyantuni Frontliners di JBPM Kelantan, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Puteh melakukan sanitasi awam di Kampung Dalam Huma, di sini yang menjadi lokasi asal penularan Kluster Huma.

Pengarah JBPM Kelantan, Md. Salleh Sarbini berkata, Khamis lalu, pihaknya sudah melakukan sanitasi awam di Madrasah Ad-Diniah Al-Falah di kampung itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

“Kita sudah bersedia membantu dan bekerjasama dengan PKD bagi melakukan sanitasi di kawasan kampung tersebut.

“Sanitasi ini melibatkan rumah-rumah dan premis perniagaan di seluruh kawasan kampung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Peduli Menyantuni Frontliners di Ibu Pejabat JBPM Kelantan.

Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ahmad Fathan Mahmood.

PKPD dikuatkuasakan di Madrasah Ad-Diniah Al-Falah bermula hari ini, susulan penularan Covid-19 menerusi Kluster Huma yang menyaksikan 56 warga pondok itu dijangkiti pandemik itu.

Dalam perkembangan lain, Md. Salleh berkata, pihaknya mengalu-alukan kesediaan Yadim bekerjasama dengan JBPM dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN