Penduduk bantah lokasi pusat kuarantin Covid-19 - Utusan Malaysia

Penduduk bantah lokasi pusat kuarantin Covid-19

DEWAN serbaguna yang bakal menempatkan pesakit Covid-19 bukan warganegara di Jalan Permatang Tepi, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Penduduk di empat daerah di sini membantah keras keputusan mewujudkan pusat kuarantin dipercayai bagi menempatkan pesakit Covid-19 bukan warganegara berhampiran lokasi perumahan mereka.

Mereka yang terdiri daripada penduduk Kampung Permatang Tepi; Taman Palmyra; Kampung Permatang Tengah dan Simpang Empat, Balik Pulau itu masing-masing menyuarakan kebimbangan berhubung kemungkinan peningkatan penularan Covid-19 di kawasan mereka pada masa depan.

Wakil penduduk, Ismail Kassim berkata, difahamkan sebanyak 400 katil akan ditempatkan di dalam dewan serbaguna yang terletak di Jalan Permatang Tepi di sini mulai esok.

ISMAIL KASSIM

Menurutnya, mereka menolak keputusan pihak berkuasa menjadikan lokasi berkenaan sebagai penempatan transit bagi warga asing yang positif wabak itu biarpun berisiko rendah.

“Saya mewakili penduduk berhampiran melahirkan rasa tidak puas hati dan bimbang tentang kebarangkalian penularan jangkitan wabak itu di sini.

“Apatah lagi penduduk di kawasan ini juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum ini tetapi hari ini kami mendapat berita mengenai pemasangan katil-katil bermula pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu menurut Ismail, penduduk menggesa pihak berwajib mengalihkan pusat itu ke lokasi yang lebih sesuai iaitu jauh dari penempatan penduduk.

Setakat semalam, Pulau Pinang merekodkan sebanyak 34 kes baharu Covid-19 dengan kumulatif kes positif adalah sebanyak 2,521 kes.

Terdapat satu kes kematian direkodkan dan 36 kes telah dibenarkan discaj dengan jumlah pesakit pulih setakat ini adalah 2,269. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya