Operasi restoran, kedai makan di Kota Bharu setakat 10 malam - Utusan Malaysia

Operasi restoran, kedai makan di Kota Bharu setakat 10 malam

Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua restoran dan kedai makan di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam berkuat kuasa semalam.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, peraturan baharu itu dikuat kuasa berikutan daerah Kota Bharu kini diisytiharkan sebagai zon merah akibat penularan Covid-19. 

“Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas dan ia bermula hari ini hingga 6 Disember depan, iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Oleh itu, kita berharap semua pengusaha restoran dan kedai makan dalam kawasan MPKB-BRI mematuhi peraturan ditetapkan. 

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada semua premis dalam kawasan MPKB-BRI,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu memberitahu, pemantauan akan dilakukan secara berterusan dan pengusaha premis yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan berdepan tindakan tegas oleh pihak berkuasa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya