Lelaki warga Indonesia meninggal dunia dalam kereta - Utusan Malaysia

Lelaki warga Indonesia meninggal dunia dalam kereta

PIHAK berkuasa menjalankan proses sanitasi di lokasi kejadian seorang lelaki warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di tempat meletak kenderaan di sebuah pasar raya di Taman Bendahara, Kuala Selangor, Selangor. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di tempat meletak kenderaan di sebuah pasar raya di Taman Bendahara, di sini shari ini. 

Mangsa, Syamsul Siniden, 47, ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Perodua Myvi kira-kira pukul 10.15 pagi.

Seorang saksi, Zainal Abidin Musbah, 59, berkata, pada awalnya dia menyangkakan mangsa sedang tidur dalam kereta ketika meletak kenderaan berdekatan dengan kereta mangsa untuk ke pasar raya tersebut. 

“Ketika saya dan isteri keluar daripada  kenderaan ke pasar raya, seorang wanita menghampiri kenderaan tersebut.

“Selang beberapa saat, saya terdengar dia menjerit dengan kuat sambil memberitahu suaminya tidak sedarkan diri sambil mengetuk pintu kereta yang terkunci dari dalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Jelasnya, dia dan isteri segera menghampiri kenderaan itu dan cuba membuka pintu kereta namun gagal. 

“Saya segera menghubungi ambulans untuk minta bantuan dan pasukann bomba tiba tidak lama kemudian,” ujarnya. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 10.39 pagi dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian. 

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri berada dalam kenderaan itu. 

“Petugas cuba membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas. Dalam tempoh beberapa minit pintu tersebut dapat dibuka dan operasi tamat pukul 12.12 tengah hari,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.

“Proses sanitasi juga  dijalankan di lokasi sebagai langakh berjaga-jaga mengelak penularan Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya